Klinik Kesihatan Kg. Kenangan Tun Dr. Ismail adalah klinik kesihatan yang ke 14 mengikut senarai klinik kesihatan di daerah Muar. Klinik ini terletak di sebelah barat daya daerah Muar.Sempadan sempadan klinik kesihatan ini adalah Poliklinik Kesihatan Bandar Maharani di timur,Klinik Kesihatan Sungai Mati Di utara, Klinik Kesihatan Bakri di selatan dan Klinik Kesihatan Parit Bakar di sebelah baratnya.Klinik ini mula beroperasi pada 14/02/94. Jarak klinik ini kira kira 4 km dari Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan lebih kurang 3 km dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Dengan keluasan seluas 34.5 km. persegi ia meliputi 10 % keluasan daerah Muar. Klinik ini berada di dalam mukim Bandar merangkumi sebatang jalan induk iaitu Jalan Bakri ke Yong Peng dari km. 0.6 hingga km.3.0. dan 9 batang jalan jalan dan lorong rangkaian dengan jumlah rumah melebihi 10,000 unit.
No comments:
Post a Comment