Tuesday, October 13, 2009

Sambutan Hari Raya






Pada 13/10/2009 klinik kesihatan kampung kenangan telah mengadakan jamuan hariraya serta meraikan anggota yang telah dinaikkan pangkat, anggota yang akan bersara , anggota yang telah berpindah dan anggota yang akan menunaikan ibadah haji.

majlis 4 in 1 ini telah dijayakan bersama-sama dengan panel penasihat klinik. Pelbagai juadah enak telah disediakan antaranya ketupat, sate dan sebagainya. Objektif utama majlis ini diajurkan adalah untuk mengeratkan silatulrahim antara keluarga anggota dan panel penasihat.

Sunday, May 3, 2009




Salam Sejahtera.



Dunia hari ini semakin panik dengan timbulnya virus influenza yang mengancam kehidupan manusia di dunia ini. Virus ini menyebabkan penyakit respiratori akut dan kebiasaanya ia menjangkiti pada Babi yang menyebabkan Selsema Babi (Swine Influenza).


Namun bagitu, disebabkan Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu-satu masa, maka gen virus tersebut bercampur yang menghasilkan virus influenza yang mengandungi pelbagai sumber dan virus baru ini dikenali sebagai H1N1.





Virus ini berkeupayaan menyerang manusia. Sehingga 26 April 2009, mengikut Laporan yang dikeluarkan oleh WHO, terdapat 20 kes yang disahkan di AS. Sementara itu di Mexico jumlah kes yang dilaporkan adalah 1,146 dengan 71 Kematian.




BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?


Manusia selalunya dijangkiti Selsema Babi melalui hubungan langsung dengan Babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selsema Babi. Terdapat juga kes dimana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Namun bagitu jangkitan kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.


Mereka yang dijangkiti virus ini boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai tanda dan gejala penyakit yang boleh berlarutan selama 7 hari daripada tarikh dijangkiti. Tanda-tanda dan gejala penyakit ini adalah sama dengan tanda-tanda dan gejala seseorang yang mengidap selsema seperti batuk, sakit tekak, sakit badan, sakit kepala sert badan berasa sejuk dan lesu.


AL-QURAN MENGHARAMKAN DAGING BABI UNTUK DIMAKAN


Ayat Al-Quran surah Al-An'am: 145 bermaksud:


" Katakan (wahai Muhammad):"Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi".


Sebahagian Ulama mengatakan bahawa pengharaman memakan Babi adalah disebabkan kemudaratan yang ada padanya lebih banyak daraipada kebaikan. Jika kita memperhatikan secara teliti pada ayat yang tersebut di atas jelas tertera perkataan " kerana sesungguhnya ia adalah kotor".


Menurut Tuan Haji Ibrahim Ma dalam buku beliau "What Is Islam" pada zaman Dinasti Tang, seorang Tabib yang bernama Sun See Mao telah menulis buku dan menyatakan bahawa " daging babi merangsang penyakit lama, penyebab kemandulan, sakit tulang dan asma".


Beliau juga telah memetik jurnal kesihatan cina yang berkaitan petua panjang umur iaiatu " Yan Show Tan" yang menyatakan bahawa semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi, maka janganlah makan daging babi!.


Selain itu pada 20 Oktober 1998, The Detroit News juga melaporkan penemuan saintis berkaitan pertalian jangkitan antara virus burung dan babi dimana babi adalah tempat kuman diubah kepada bentuk yang lebih merbahaya.


Berlakunya wabak dan musibah merupakan satu lagi ujian Allah kepada makhluknya. Setiap kita hendaklah merenung ayat-ayat Allah serta mengambil pengajaran daripada kisah-kisah silam disamping berusaha mencegah dan mencari penawar (vaksin) jangkitan virus ini.


Kita berdoa semoga negara kita dilindungi daripada musibah ini.


abu aiman.

Wednesday, January 14, 2009

Boikot Amerika dan Israel (Siapa bangsa Yahudi?)





-Siapapun mereka, marilah kita mengangkat tangan kepada Rabbul Jalil supaya mereka diKALAHKAN dgn sehina-hinanya dan kegemilangan dikembalikan kpd saudara kita di Palestin. Ameen. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Oleh anakreformasi" Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.



Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.



Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur'an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur'an, 5:21). Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh. Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina.



Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.



Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem) .Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.



Awal terbentuknya Israel Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah. Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;

1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.



1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem). 1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British. Akibatnya datanglah 75.000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestine.



1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80.000 orang Yahudi tinggal di Palestine 1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler. 1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.(Gambar Atas kanan - Peta Palestine tahun 1946 sebelum peristiwa Nakba )



1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine 1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi - Palestine.



1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestina dan pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu. 1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab.
Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah. 1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara. (Gambar kiri - Peta pembahagian Palestine oleh PBB pada 1947 - Palestine berwarna Hijau) Bagi memahami persoalan Palestin secara yang lebih mendalam, boleh Menelusuri Sejarah Baitul MaqdisFirst Qibla - Bait-al-Maqdis (Al-Aqsa):AT THE HEART OF JERUSALEM is the Al-Aqsa mosque or Al-Haram Ash-Shareef (The Noble Sanctuary). It is the third most sacred mosque in the world (after Masjid al-Haram in Makkah and Masjid Nabawi in Medinah), enclosing over 35 acres of fountains, gardens, buildings and domes. At its southernmost end is al-Aqsa Mosques, which was built by Khalifa Omar Bin Al-Kattab in the year 19 Hijri. At its center is the celebrated Dome of the Rock. The entire area is regarded as Baitul-Maqdis or Al-Qudus and comprises nearly one sixth of the walled city of Jerusalem. In the picture on the left, the following are identified:- ->Bertanda Hijau - Masjid al-Qubbatus- Sakhra (The Dome of the Rock)-->Bertanda Merah - Masjid al-Aqsa (The Farthest Mosque)-->Bertanda Biru Muda - Al Madrasa An-Nahawiah- ->Bertanda Biru - Al Musalla Al-MarwaniGambar Bawah - Propaganda Israel - Kuil yang akan menggantikan al-AqsaNota : Artikel dan Rencana ini adalah sempena Ceramah Nuzul Quran Isu Palestine yang diadakan di Masjid rhusila semalam 18 September yang turut disertai oleh Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Dr. Sheikh Mahmud Siyam.SUMBER : Buletin Online

Thursday, January 8, 2009

Pengerusi Panel Penasihat KK Kg Kenangan Menerima gelaran Dato'




pada 27 hingga 29 julai 2008 bertempat di Istana Kesultanan Solo (Keraton Surakarta Hadiningrat) Dato' Tn Hj Hashim Rais telah menerima Darjah Karjeng Raden Temenggung (DKRT) yang membawa gelaran Dato'

anugerah ini diterima diatas sumbangan beliau di dalam beberapa perkara


  1. pengambilan warga indonesia secara sah untuk bekerja di malaysia dipelbagai sektor pekerjaan.

  2. penglibatan dalam memajukan bandar solo iaitu menyumbang dari segi kewangan.

selain itu juga beliau juga terlibat dengan NGO seperti


beliau merupakan anak jati muar, dilahirkan di kg jeram tepi bakri muar pada 3 oktober 1940. beliau merupakan ahli perniagaan dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bakri.